LAWAK Ke DER 2016


Persembahan lawak LIVE nombor 1 Malaysia, Lawak Ke Der 2016, kembali memeriahkan pentas Istana Budaya (Kuala Lumpur) dengan gelak ketawa pada 5 - 8 Mei ini! Seperti tahun-tahun yang lalu, acara komedi tahunan ini akan menampilkan hanya pelawak terbaik Malaysia! Tahun ini penonton akan dihiburkan oleh Harith Iskander, Afdlin Shauki, Douglas Lim, Nabil Ahmad dan ramai lagi! Persembahan tahun ini juga akan diarahkan oleh penerbit, pelakon dan pengarah terkemuka, Dato’ Hans Isaac! Setelah berjaya membuat persembahan ‘SOLD OUT’ dari Lawak Ke Der pertama sehingga yang keempat, Tall Order Sdn. Bhd. sekali lagi membawakan persembahan komedi berkualiti tinggi ini di atas permintaan ramai! Senarai harga tiket Lawak ke Der 2016 di Istana Budaya adalah RM48, RM88, RM118, RM168 dan RM188. Persembahan akan bermula pada jam 8.30 malam pada 5 - 7 Mei dan 3 petang pada 8 Mei. Dapatkan diskaun 15% bagi setiap pembelian dari 1 sehingga 20 April untuk persembahan 6 dan 7 Mei. Juga nikmati 20% diskaun untuk persembahan 5 dan 8 Mei. Untuk tempahan korporat secara pukal, hubungi Tall Order Sdn. Bhd di +603-4253 2241.


Social Media Feeds
Featured Posts
Recent Posts
Archive

© 2012 Copyright Harith Iskander. All images, graphics & videos are the property of Harith Iskander.

  • Twitter Clean
  • Instagram Clean
  • Facebook Clean